Sunday, 27 March 2011

kupunya KERABU MANGGA

  Assalammualaikum, hai hari ini aku sendirian lagi dirumah tapi tidak mengapa kerana aku membuat menu yng aku suka iaitu kerabu mangga caraku, Setelah kulihat buah mangga yang banyak di depan rumahku llu teringin pula membuat kerabu,Rasanya semua bahan dah sedia ada dirumah, macmni caranya dan bahan-bahannya
  • 2 BIJI BUAH MANGGA (sedang tua,dititek lalu dipotong halus)
  • 1 MANGGKUK PUCUK PAKU (dicelur)
  • 1 BIJI BAWANG BESAR (dimayang halus)
  • 10 BIJI CILI PADI (dimayang halus)
  • 1 MANGKUK KELAPA PARUT (digoreng tampa minyak hingga keperangan)          
  • 3 BATANG SERAI (dimayang halus kemudian ditumbuk halus)
  • 1 BIJI AIR LIMAU NIPIS
  • 6 SUDU MAKAN SOS IKAN
  • 3 SUDU MAKAN UDANG KERING (ditumbuk halus) 
  • 1 SUDU KECIL GARAM
  • 1 SUDU MAKAN GULA 
CARA-CARA MEMBUATNYA
 
   Mula-mula ambil mangga isi kedalam mangkuk besar bersama dengan pucuk paku. Sementara itu tumbuk cili api separuh sahaja kemudian udang kering dan serai sehingga halus. Campur kan air limau  dan sos ikan bersama sedikit garam dan gula digaul sebati. Akhir sekali gaul rata kesemua bahan kedalam mangkuk berisi mangga bersama kelapa parut dan bawang besar tadi. Sedia untuk dihidang kan.                                                                                                                                                                                                  

Friday, 25 March 2011

MARI BERPANTUN

Hai, selamat bertemu semula disini. Seperti hari ini ku lalui dengan penuh ranjau merintang perjalananku. Pagi subuh yang dingin dengan deraian hujan yang seperti tidak ingin berhenti kian mengigit tulang. Ingin kutarik selimut menyelubungi seluruh tubuh namun seruan azan menyeru solat lebih baik dari tidur menyedarkanku akan perintahNya. Bingkas aku bangun untuk menyahut seruan itu dengan rasa penuh kesyukuran terhadapNya kerana aku masih bernyawa pagi ini dan dapat mengabdikan diri di bumi yang semakin uzur demi menghampiri akhirat.





SELAGI ADA NAFAS
SELAGI ADA DAYA 
SELAGI ITU KU GALAS
SEGALA IMAN DI DADA

IBU TUA MERENUNG JAUH
RESAH FIKIRAN MENUNGGU MASA
KELAK KUKUH ATAU AMPUH
BEKALAN ILMU DIBAWA

MAKAN LAKSA PASAR MALAM
HIRUP KUAH SAMPAI LICIN
JANGAN PAKSA HATI MEMENDAM
HAMBUR KELUAR YANG DI INGIN 

MANGKUK LICIN ATAS TALAM
CUCI DENGAN AIR DINGIN
 HATI BUKAN MAHU DENDAM
KEIMANAN TEGUH YANG DIIZIN

SESEKALI RASA HILANG NAFAS
TAKUT AMAT TIDAK TERKIRA
HARUS TERIMA DENGAN IKHLAS
NANTI JUA TETAP BERSUA

LENGUH SUDAH TULANG BELULANG
RASA SUDAH TIDAK BERMAYA
SUNGGUH CARI MINDA YANG HILANG
DAPAT BERI SEKELUMIT CUMA

TULISANKU SUDAH DIAKHIRNYA
MAAF DIPINTA SALAH SILAP
ADA UMUR KITA BERSUA
SEHINGGA BILA KITA SIAP

Wednesday, 23 March 2011

Nak buat apa ah!!?

  • Hai, apakhabar? actualy aku tak tahu nak buat apa,tapi aku terus je menulis dalam blog ni, just to fullfill my time. aku ni sebenarnya seorang yang membosankan, selalu je mencari alasan untuk lari dari masaalah. Mungkin disebabkan hajat dan hasrat hati tidak dapat ku penuhi.Banyak perkara yang ingin aku lakukan, bukan untuk diriku sahaja yang lebih utama untuk keluargaku. Demi anak-anak yang sedang membesar, aku tidak boleh membiarkan masa yang mencorakkan kehidupan anak-anakku dimasa depan. 
  • Aku mesti membentuk mereka untuk menjadi sesempurna yang mungkin walau aku jualah ibu dan bapa yang mesti membuat keputusan.  Aku mesti kuat, aku mesti tabah namun aku selalu takut untuk memulakan langkah. Aku selalu mengelak dengan menyangkal keupayaanku untuk berdiri teguh walau tampa sokongan untuk memimpinku agar terus berjuang. 
  • Ya, benar aku kesunyian, aku idamkan sokongan pendorong yang dapat aku pegang dengan yakin bahawa aku tidak akan dibiarkan sendirian. Aku tahu aku selalu memberi alasan, kalau,mungkin dan tapi,semuanya membawa kepada keadaan seperti kemurungan. Astagafirrullah, aku sepatutnya tahu bahawa Allah sentiasa ada, Subhanallah ya Allah, kumohon bimbingan darimu,tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk ku dengan  daya upayaku dan permudahkanlah semua urusanku, Amin.
  • Keutamaanku berkenaan ilmu agama anak-anakku. Mengaji Al Quran yang masih belum Khatam, Ibrahim dan Muhd. Ishak. Aim dengan masaalah pembelajaran dan Ishak tidak habis belajar tahfiz terasa ruginya masa berlalu begitu sahaja tampa melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan.Aku mesti buat sesuatu sekurang-kurangnya aku bergerak satu persatu walau perlahan namun aku mesti mulakan segera. 
  • Mula dengan Ishak, mesti hantar dia mengaji namun dia tidak boleh satu waktu dengan abangnya kerana jika bersama mereka akan bermain, sentiasa mengusik satu sama lain. Cari bidang kemahiran untuk Aim seperti berniaga ,membuat roti canai, memotong rambut, membaikki komputer dan sebagainya. 
  • Yati bercadang bekerja sambil belajar,agaknya bolehkah aku benarkan. Adakah aku telah bersedia untuk menghadapi situasi ini, adakah dia sudah bersedia mengharungi cabaran hidup yang penuh muslihat. Padaku, banyak yang perlu dipelajari tentang pekerjaan, persekitaran,peradapan sosial dan ketahanan mental semuanya mesti ada.
  •  Ya, Allah bimbinglah aku,permudahkan segala urusanku,Amin.

Sunday, 20 March 2011

JELAJAH MAYAKU

  • Hai, hari ini 21 March 2011. Aku tidak banyak masa jam sudah pukul 9 pagi,aku kena segera melaporkan disini untuk segera bersiap untuk rutin 3xseminggu,yang harus ku tunaikan. ah, aku kekeringan topik untuk dikongsi. Aku memang tak boleh beri tumpuan bila keadaan tergesa-gesa.
  • Maka sampai setakat ini sajelah dapat kita bersama harap maaf. Bye Bye.

Friday, 18 March 2011

MARI BERPANTUN

  • Okay,hari ini 18hb March 2011.Saya tinggal keseorangan ketika dan saat ini,apalagi yang tergerak dihati ini untuk berkongi dengan kamu akan kegemaran saya dengan berpantun.Pantun adalah sesuatu yang dapat menggerakkan minda kita kearah yang lebih kreatif dengan ayat-ayat yang sentiasa berhubung kait antara bait-baitnya. Apapun harap maafkan saya kerana saya bukanlah yang terbaik dalam menggunakan bahasa-bahasa indah didalam pantun. Marilah berpantun bersama saya.




HARI MENDUNG LANGIT KELAM
TINGGAL SEORANG KESEPIAN
HATI INGIN MENGIRIM SALAM
MUGA SENTIASA DIINGATAN 

GEMPABUMI DAN TSUNAMI 
JEPUN JADI KESEPIAN
CINTAILAH BUMI INI
HARAP JADI PERINGATAN

INDAHNYA GUNUNG BERBALAM
PADANG NUN JAUH MENGHIJAU
YA,ALLAH JAUHKAN YANG KELAM
SINARILAH BAHAGIA NAN BERKILAU


PAGI HARI BURUNG BERKICAU
BERGEGAS MEMBURU HARI NAN PANTAS
BAGAIMANA HATI TAK KACAU
TAUTAN HATI DAH TERLEPAS

REZEKI ADA DIMANA-MANA
CARI DENGAN HATI YANG IKHLAS
BUAH HATI TIADA GANTINYA
SUDAH BERSAMA YANG DIATAS

CUKUP SAMPAI DISINI SAYANG
RELAKANLAH PERPISAHAN INI
CUKUP SAMPAI SINI  KITA SEMBANG
SEHIGGA BERTEMU DILAIN HARI


Thursday, 17 March 2011

JELAJAH MAYAKU

  • Hari ini 17hb March 2011aku baru berkira-kira untuk belajar menggunakan maya siber ini untuk mengisi masa terluang supaya hilang kebosanan yang menyelubungi hari-hariku kebelakangan ini.Begitu berbuku hatiku apabila selalu memendam perasaan sendiri dan tiada tempat untuk meluahkan, lalu ia menyebabkan aku seperti sudah berputus asa.
  • Aku tahu ini tidak baik untuk aku juga bagi anak-anakku, mereka akan terabai jika aku berterusan melayan perasaan. Moga dengan cara ini aku dapat menebus masa bosanku dengan lebih mengujakan. Dimana mahu kumulakan kerana kisah perjalanan hidupku yang terlalu sikit manisnya sehingga susah untukku mengingatinya tetapi sebaliknya dengan keperitan dari kehidupanku ini.
  • Ketika ini aku hanya ingin pergi jauh dari kebiasaanku. Jauh sejauh-jauhnya agar aku dapat pemandangan yang tiada batasnya hingga kegigi langit. Umpama seperti jeritan yang melaung-laung hingga tidak dapat didengar lagi.Biarku berlari-lari terus dan terus tampa ada halangan sehingga keletihan. Biar aku puas kerana aku sudah penat memendam rasa dimana ia selalu tersekat-sekat dan membuatku lemas.
  • Ya, aku ingin keluar. Tetapi aku harus merancang dengan baik kerana aku tidak mahu terjerat dikemudian hari. Aku perlukan sokongan terutama dari orang-orang yang terdekat.Ah! aku ingin segera melupakan kebodohan dan kegopohan yang telah aku lakukan baru-baru ini.
  • Niatku ingin beri lebih masa pada Yati untuk berada dirumah lebih awal dari sebelumnya. Agar dapat melayan  rumahtngga dengan lebih teratur. Akupun membuat keputusan untuk mebetulkan kereta kancil yang rosak dengan modal rm2000.00 itu pada Januari malangnya Febuari bateri kereta kancil pula rosak keluar lagi rm300.00(kemudian diberitahu rm100 lebih je,selebihnya guna untuk yang lain-lain lagi). Sekarang cukai jalan pula, yang mana tuan punya kereta asal telah keluar negara dimana dia sahaja yang boleh menghidupkan cukai jalan tersebut. Mati aku, bertimpa-timpa kena duga namun kereta kancil masih tersadai jua.