- Hai, apakhabar? actualy aku tak tahu nak buat apa,tapi aku terus je menulis dalam blog ni, just to fullfill my time. aku ni sebenarnya seorang yang membosankan, selalu je mencari alasan untuk lari dari masaalah. Mungkin disebabkan hajat dan hasrat hati tidak dapat ku penuhi.Banyak perkara yang ingin aku lakukan, bukan untuk diriku sahaja yang lebih utama untuk keluargaku. Demi anak-anak yang sedang membesar, aku tidak boleh membiarkan masa yang mencorakkan kehidupan anak-anakku dimasa depan.
- Aku mesti membentuk mereka untuk menjadi sesempurna yang mungkin walau aku jualah ibu dan bapa yang mesti membuat keputusan. Aku mesti kuat, aku mesti tabah namun aku selalu takut untuk memulakan langkah. Aku selalu mengelak dengan menyangkal keupayaanku untuk berdiri teguh walau tampa sokongan untuk memimpinku agar terus berjuang.
- Ya, benar aku kesunyian, aku idamkan sokongan pendorong yang dapat aku pegang dengan yakin bahawa aku tidak akan dibiarkan sendirian. Aku tahu aku selalu memberi alasan, kalau,mungkin dan tapi,semuanya membawa kepada keadaan seperti kemurungan. Astagafirrullah, aku sepatutnya tahu bahawa Allah sentiasa ada, Subhanallah ya Allah, kumohon bimbingan darimu,tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk ku dengan daya upayaku dan permudahkanlah semua urusanku, Amin.
- Keutamaanku berkenaan ilmu agama anak-anakku. Mengaji Al Quran yang masih belum Khatam, Ibrahim dan Muhd. Ishak. Aim dengan masaalah pembelajaran dan Ishak tidak habis belajar tahfiz terasa ruginya masa berlalu begitu sahaja tampa melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan.Aku mesti buat sesuatu sekurang-kurangnya aku bergerak satu persatu walau perlahan namun aku mesti mulakan segera.
- Mula dengan Ishak, mesti hantar dia mengaji namun dia tidak boleh satu waktu dengan abangnya kerana jika bersama mereka akan bermain, sentiasa mengusik satu sama lain. Cari bidang kemahiran untuk Aim seperti berniaga ,membuat roti canai, memotong rambut, membaikki komputer dan sebagainya.
- Yati bercadang bekerja sambil belajar,agaknya bolehkah aku benarkan. Adakah aku telah bersedia untuk menghadapi situasi ini, adakah dia sudah bersedia mengharungi cabaran hidup yang penuh muslihat. Padaku, banyak yang perlu dipelajari tentang pekerjaan, persekitaran,peradapan sosial dan ketahanan mental semuanya mesti ada.
- Ya, Allah bimbinglah aku,permudahkan segala urusanku,Amin.
Wednesday, 23 March 2011
Nak buat apa ah!!?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment