Thursday, 17 March 2011

JELAJAH MAYAKU

  • Hari ini 17hb March 2011aku baru berkira-kira untuk belajar menggunakan maya siber ini untuk mengisi masa terluang supaya hilang kebosanan yang menyelubungi hari-hariku kebelakangan ini.Begitu berbuku hatiku apabila selalu memendam perasaan sendiri dan tiada tempat untuk meluahkan, lalu ia menyebabkan aku seperti sudah berputus asa.
  • Aku tahu ini tidak baik untuk aku juga bagi anak-anakku, mereka akan terabai jika aku berterusan melayan perasaan. Moga dengan cara ini aku dapat menebus masa bosanku dengan lebih mengujakan. Dimana mahu kumulakan kerana kisah perjalanan hidupku yang terlalu sikit manisnya sehingga susah untukku mengingatinya tetapi sebaliknya dengan keperitan dari kehidupanku ini.
  • Ketika ini aku hanya ingin pergi jauh dari kebiasaanku. Jauh sejauh-jauhnya agar aku dapat pemandangan yang tiada batasnya hingga kegigi langit. Umpama seperti jeritan yang melaung-laung hingga tidak dapat didengar lagi.Biarku berlari-lari terus dan terus tampa ada halangan sehingga keletihan. Biar aku puas kerana aku sudah penat memendam rasa dimana ia selalu tersekat-sekat dan membuatku lemas.
  • Ya, aku ingin keluar. Tetapi aku harus merancang dengan baik kerana aku tidak mahu terjerat dikemudian hari. Aku perlukan sokongan terutama dari orang-orang yang terdekat.Ah! aku ingin segera melupakan kebodohan dan kegopohan yang telah aku lakukan baru-baru ini.
  • Niatku ingin beri lebih masa pada Yati untuk berada dirumah lebih awal dari sebelumnya. Agar dapat melayan  rumahtngga dengan lebih teratur. Akupun membuat keputusan untuk mebetulkan kereta kancil yang rosak dengan modal rm2000.00 itu pada Januari malangnya Febuari bateri kereta kancil pula rosak keluar lagi rm300.00(kemudian diberitahu rm100 lebih je,selebihnya guna untuk yang lain-lain lagi). Sekarang cukai jalan pula, yang mana tuan punya kereta asal telah keluar negara dimana dia sahaja yang boleh menghidupkan cukai jalan tersebut. Mati aku, bertimpa-timpa kena duga namun kereta kancil masih tersadai jua.

No comments:

Post a Comment